Sunday, February 21, 2010

Hari ini kita akan meneroka satu lagi dunia fantasi yang baru dilancarkan . Kita dah sedia maklum sekarang ni memang dah banyak aplikasi permainan di Facebook. Sampai saya sendiri nak senaraikan pun dah tak tau mana satu. Kalau satu ketika dulu Mafia Wars dikatakan menjadi kegilaan, sekarang ni tibalah masa kita untuk merasa buah tangan anak tempatan pula. Permainan ini dinamakan Kesatria Poyos.

Hehe.. bunyi agak melucukan, tapi kalau nak tau pernainan ini semakin digilai pengguna Facebook masa kini. Bila dah dihasilkan oleh anak tempatan, maka hasil buatannya 100% dalam Bahasa Melayu. Hebat bukan!

Permainan ini seperti biasa, mesti bermula dari peringkat bawah iaitu Hulubalang Biasa. Menapak satu demi satu untuk meningkatkan kemampuan diri dengan mengutip pengalaman hidup sehingga menjadi seorang yang berkuasa dan power. Kemudian peringkat demi peringkat ditingkatkan kuasa sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Kesatria yang gagah berani lagi poyos..



Di sini saya ceritakan sedikit info secara ringkas mengenai Aplikasi Permainan Kesatria Poyos.

  • Engine permainan ini lebih kurang sama macam Mafia Wars
  • Ramai pemain yang saling bantu-membantu, walaupun selalu saling serang menyerang antara satu sama lain
  • Banyak hadiah misteri dan peraduan2 unik disediakan untuk pemain
  • Tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game di sediakan di blog Empayar Poyos
  • Juga dimain oleh seorang selebriti terkenal Malaysia, Farid Kamil! kalau tak percaya cuba semak di sini:- Farid Kamil pun main Kesatria Poyos
  • Game dicipta oleh Atok Nujum dan anda boleh berhubung dengan beliau di:- facebook.com/atokpoyogiler
  • Link untuk bermain permainan ini ada di: facebook.com/kesatria-poyos
  • Di sini pula adalah Kelab Peminat untuk Kesatria Poyos: facebook.com/KesatriaPoyos

Saturday, February 20, 2010


President Kesatria Poyos & Rajalawak facebook| Atok Nujum ADD FRIENDS

Kesatria Poyos adalah permainan lawan-lawan Bahasa Melayu di Facebook. Mulakan sebagai hulubalang biasa dan seterusnya ke arah seorang Kesatria yang gagah berani lagi poyo!